|
Polisi
Dan Undang-Undang Di Laman KampungChat.net/E-Kampung
|
Room
ini adalah hak milik semua
chatters. Ia bukanlah hak milik
mana-mana individu sahaja.
Pihak kami hanyalah
menjaga dari segi
pengurusan dan pentadbiran room
bagi memastikan room ini
sentiasa dalam keadaan yang
terkawal.Sebelum memulakan dan
menjadi ahli kampung ini
diharap memahami dasar-dasar
undang-undang yang tertera
dibawah ini supaya apa yang kami
adakan disini tidak dituntut
diakhirat atau dihari kemudian
nanti.
-
Secebis
Ole-Ole Kampung :
Allah S.W.T memberi
amaran kepada
golongan yang suka
berbohong dan
berdusta di dalam
firman-Nya bermaksud:
"Maka nyatalah
bahawa tidak ada
yang lebih zalim
daripada orang yang
mereka-reka
perkara-perkara yang
dusta terhadap
Allah, dan
mendustakan
kebenaran
sebaik-baik sahaja
kebenaran itu
disampaikan
kepadanya. Bukankah
(telah diketahui
bahawa) dalam neraka
jahanam disediakan
tempat tinggal bagi
orang-orang kafir?"
(Surah az-Zumar ayat
32).
-
Hadis
ini dengan jelas
menunjukkan betapa
sikap bencikan
saudara sendiri (apa
lagi yang seagama
disaran bersatu)
amat dimurkai Allah
dan sukar mendapat
pengampunan-Nya.Merujuk
sepotong hadis
yang diriwayatkan
oleh Abu
Hurairah, katanya,
Rasulullah bersabda,
bermaksud: "Ditunjukkan
amalan itu kepada
Allah oleh kalangan
malaikat pada hari
Isnin dan Khamis.
Lalu Allah
memberikan
pengampunan kepada
setiap orang yang
tidak menyengutukan
Allah dengan sesuatu,
melainkan (Allah
tidak mengampunkan)
seseorang yang
antara dirinya dan
saudaranya ada rasa
kebencian (dalam
hati masing-masing).
Lalu Allah berfirman:
"Tinggalkanlah
kedua-dua orang ini,
yakni jangan
dihapuskan dosanya
sehingga
kedua-duanya
berdamai semula."
- (Riwayat Muslim).
-
Sesungguhnya
kita sesama seislam
itu bersaudara jauhi
sikap-sikap hasad
dengki jauhi diri
kita jadi hamba
syaitan dan iblis
yang sentiasa ingin
menyesatkan
kita.jika kita
mengikuti hasutannya
maka kita adalah
tergolong dan wajah
kita telah
digunakannya untuk
menyesatkan orang
lain.
|
Laman
ini adalah hak milik semua.
Harap Maklum !!!
Polisi
bagi Moderator
Moderator
adalah orang kuat room yang
bertanggungjawab memastikan
pengurusan room berjalan dengan
lancar. Moderator adalah dilarang
sama
sekali untuk menaikkan orang
lain sebagai Moderator walaupun
orang yang rapat dengannya.
Moderator mempunyai kuasa untuk
memberikan status Voice
sementara kepada mereka yang
berkelayakan mengikut
syarat-syarat yang telah
ditetapkan.
-
Mereka
yang diberikan voice
mestilah orang yang menjaga
tatasusila semasa di dalam
room.
-
Mereka
juga mestilah orang yang
aktif di room (public).
Selain
itu, moderator juga :
-
Mestilah
membantu dalam memastikan
room dalam keadaan baik.
-
Dilarang
kick/ban user atas alasan
peribadi.Bertindak dengan
bijaksana dan bertimbangrasa.
-
Sekiranya
online, Moderator dimestikan
berada di room sendiri serta
memeriahkan room dan
bertanggung jawab memastikan
room sentiasa maju dan
selalu Invite
member
memeriahkan room.
-
Tidak
dibenarkan kick/ban BOT atas
apa alasan sekalipun.
-
Dilarang
sama sekali mengajak
chatters untuk ke room lain,
-
Moderator
perlulah memiliki
pengetahuan dalam
pengendalian Command Mode
yang tersedia selain
berkemampuan online dalam
jangka masa panjang untuk
setiap hari (24-jam
sebaik-baiknya).
-
Moderator
perlu mengikut tatasusila
sepatutnya dan sebarang
tindakan berlawanan dengan
etika moderator pada Room/Bot/User
akan menyebabkan status
Moderator anda ditarik balik
(tanpa notis).
-
Syarat
kelayakkan untuk menjadi
moderator hendaklah berumur
melebihi 20 (Dua Puluh Tahun).
-
Status
Moderator boleh ditarik
balik pada bila-bila masa
sekiranya Moderator tersebut
tidak online dalam masa
seminggu atau tidak
aktif dalam room sendiri
sebaliknya lebih aktif di
room lain !!!
-
Sekiranya
terlalu ramai Moderator yang
online pada satu-satu masa
itu, sebahagian daripada
Moderator perlulah turun ke
bawah. Jumlah maksimum yang
digalakkan berada di atas
sebagai Moderator dalam satu
masa ialah 5 orang sahaja.
-
Moderator
diharap tidak salah gunakan kick/ban
atas
dasar peribadi atau atas
permintaan chatter`s.Tidak
dibenarkan menaik orang lain
ke status moderator atau kick/ban
sesama
moderator.
-
Moderator
yang layak dilantik
hendaklah memberikan komitment
tinggi dan dan aktif di
kampung dan sanggup
memajukan kampung serta
tidak
mementingkan diri sendiri.
-
Dilarang
mempunyai status Moderator
di room lain kecuali dengan
kebenaran pihak pengurusan.i
Polisi
bagi Voice
Voice
tetap yang telah di lantik
adalah mereka yang telah
dikenalpasti selalu join di room
dan mendapat keutamaan dalam
pemilihan Moderator.
-
Voice
yang telah dikenalpasti
selalu membantu dalam
memajukan room akan diberi
status Moderator (atas
sokongan daripada Moderator
yang sedia ada.
-
Voice
yang terpilih sebagai bakal
Moderator akan diberikan
tempoh percubaan sebagai
Moderator selama sebulan.
Moderator tetap perlu
memantau kerja bakal
Moderator tersebut selama
dalam tempoh percubaan.
Panduan
untuk Semua Chatters ..
-
Dilarang
menggunakan huruf besar.
-
Dilarang
menggunakan bahasa lucah
atau kasar atau nickname
lucah.
-
Dilarang
ulangan melebihi 3 kali
serta flood
-
Dilarang
invite atau promote user
kampung untuk untuk ke laman
chat lain.
-
Dilarang
mengganggu ketenteraman
chatters lain semasa di
dalam room.
-
Sebarang
rayuan untuk mendapatkan
status Moderator tidak akan
dilayan. Sebaliknya
Moderator dipilih dan
dilantik oleh Pihak
Pengurusan Kampung.
-
Semua
member KampungChat.Net
Digalakan menghantar gambar
berserta maklumat diri yang
ringkas untuk dimasukan
kedalam album kampung.
Tindakan
Semoga
anda menghormati setiap
undang-undang yang ada demi
kebaikan dan keselamatan kampung
ini. Sekiranya chatters didapati
melanggar peraturan yang telah
ditetapkan, tindakan yang akan
diambil seperti berikut:
Jika
didapati advertise/iklan didalan
room #kampung , tindakan KLine
atau
Kick/Ban
akan
dikenakan serta-merta dan anda
akan disekat dari memasuki ke laman ini buat
selamanya.Kerjasama dari
anda semua amatlah dihargai
kerana laman ini berdaftar atas
nama
pihak pengurusan.
Harapan kami agar
semua dapat menggunakan/memanfaatkan sebaik mungkin
kemudahan yang disediakan dan jauhi segala perkara-perkara yang tidak baik yang dimurkai Allah, semoga kita semua
berjaya duduk sebumbung disebuah
komuniti dalam dunia internet ini
serta
berjaya hingga ke generasi yang akan datang.
Nasihat dari kami sila rahsiakan identiti
sebenar anda!!! Jangan sesekali memberi No Telefon, Alamat Rumah, No Kad Pengenalan
atau apa-apa maklumat peribadi anda kepada sesiapa saja yang meminta dari anda demi untuk keselamatan anda. AWAS!!!
Penipuan banyak berlaku di dunia internet ini. Pihak
pengurusan tidak akan bertanggung jawab sekiranya berlaku apa-apa ke atas diri
anda. Domain Name dan Laman ini berdaftar segala Hakcipta
Terpelihara. Dilarang Advertise/Iklan tanpa izin
atau Mengambil/Meniru Persamaan WebSite Atau Mencetak Bahan yang ada dilaman
ini.
Harap Maklum!!!
Sebarang
masalah, rayuan atau cadangan,
sila emailkan kepada Pengurusan
Kampung
|